Shahrolnet
BuLaN PeNgHaFaZ BLOG: Info Semasa
Memaparkan catatan dengan label Info Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Semasa. Papar semua catatan

Khamis, 10 Mei 2012

HARI HARI MERUPAKAN HARI IBU

Bilakah kali terakhir anda mengucup tangan kedua ibu bapa anda? Adakah pada Hari Raya yang lepas ataupun dua tahun yang lepas ataupun anda tidak pernah melakukannya seumur hidup anda ataupun anda telah kehilangan kedua ibu bapa anda tanpa sempat anda meluahkan betapa anda menyayangi dan mengasihi mereka.


Tidak kira apa situasi anda sekarang atau setinggi mana jawatan anda sekarang, laksanakanlah hak-hak sebelum mereka menutup mata. Orang tua tidak minta dilimpahkan dengan kemewahan, bagi mereka kasih sayang adalah perhatian dan tingkah laku yang dibuktikan dengan sifat-sifat mahmudah dan kemuliaan.


Jangan merasa malu untuk meluahkan rasa sayang anda terhadap mereka walaupun mereka tidak pernah meluahkan kepada anda. Jangan nanti ada penyesalan yang bersarang di dada kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab anda sebagai anak setelah kematian mereka. Jangan nanti ada penyesalan kerana tidak pernah mengucup dahi kedua ibubapa tercinta selain pada hari pengebumian mereka.


Tidak kira anak lelaki ataupun anak perempuan masing-masing mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kepada mereka sebelum mereka menutup mata. Satu peringatan bahawa keredhoan Allah SWT adalah terletak pada keredhoan ibu bapa. Jangan meminta balasan dan ganjaran atas apa yang anda lakukan terhadap mereka kerana kasih sayang dan pengorbanan yang mereka limpahkan pada kita selama ini tidak akan terbalas sehingga saat kematian kita kelak.



SELAMAT HARI IBU KEPADA BONDA YANG TERSAYANG DAN SEMUA KAUM-KAUM YANG BERGELAR IBU..
SELAMAT HARI IBU 2012 !!!

Sabtu, 17 Disember 2011

Majlis Pelancaran Logo, Lagu, Maskot Dan Laman Web SUKMA 2012 Pahang

3 Hari bersengkang mata. Tido pun tak cukup jam membantu En. Baha bekas pensyarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di bengkel projek Mekanikal untuk menyiapkan pelancaran logo, lagu, maskot dan laman web Sukma 2012 di Pahang.

Hampir 3 tahun tidak bersama En.Baha. Banyak kenangan bersama beliau sejak di POLISAS lagi terutamanya dalam projek-projek perasmian. Seorang pensyarah yang berfikiran terbuka dan sememangnya disenangi oleh mana-mana individu. Tidak lokek dengan ilmu dan pengalaman yang berguna. Tidak lokek juga dengan wang ringgit. Itulah jasa dan pengorbanan beliau semasa di Politeknik. Yang paling penting bagi beliau adalah menyumbangkan segala ilmu dan keringat pada anak bangsa.

Program Pelancaran yang dijalankan ini bukanlah julung-julung kalinya dilakukan oleh beliau.. Banyak pelancaran dan gimik perasmian telah disumbangkan oleh beliau terutamanya perasmian oleh tetamu kenamaan seperti Menteri Besar dan juga Sultan Pahang. Sememangnya boleh dibanggakan.

Walaubagaimanapun 'mission accomplished' setelah Majlis Pelancaran Logo, Lagu, Maskot dan Laman Web telah berjaya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat wakil kepada Menteri Besar Pahang.

Kepuasan yang amat sangat apabila gimik perasmian berjaya dilancarkan dengan sempurna. Tahniah Krew Automasi En. Baha.











Jumaat, 17 Jun 2011

Ciptaan & Inovasi UTHM Diiktiraf Antarabangsa Dalam ITEX 2011

KLCC, Mei 2011 - Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi 3 pingat Emas, 8 pingat Perak dan 8 pingat Gangsa dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi yang diadakan sempena 22nd International Invention, Innovation, and Technology Exhibition 2011 (ITEX'11) yang telah diadakan pada 20 hingga 22 Mei 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).  
 
Tiga pingat emas untuk UTHM telah disumbangkan oleh hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Rosziati Ibrahim (FSKTM), En. Mohd Fadel bin Alwee (FKEE) dan Dr. Anika Zafiah bt Mohd Rus (FKMP).
 
Lebih 700 produk hasil penyelidikan dan inovasi telah menyertai pertandingan ini melibatkan peserta-peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi, Syarikat Korporat, Agensi-Agensi Kerajaan, Persatuan-Persatuan Inovasi, dan individu perseorangan yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai negara seperti Brunei, Canada, Iran, Korea, Poland, Russia, Taiwan, Vietnam, Arab Saudi, Filipina, China dan Hong Kong.

Pertandingan ini telah diadili oleh panel-panel hakim daripada pihak industri dan pelbagai agensi yang telah menilai daripada beberapa aspek iaitu keaslian idea, pembaharuan dan inovasi yang dilakukan, sumbangan kepada masyarakat serta potensi untuk dikomersilkan.

 
Selain itu juga, pameran ini telah menjadi medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan dengan pihak industri bagi membantu mengkomersilkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan. Maklumbalas yang diterima serta hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh industri untuk kerjasama pengkomersilan diharapkan akan dapat meningkatkan hasil pengkomersilan UTHM.
 
Selain itu, UTHM juga amat bertuah kerana booth pameran UTHM telah berjaya memperolehi Pingat Gangsa bagi kategori 'Best Booth Design' untuk keluasan melebihi 54 sqm².
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencapai kejayaan dalam ITEX 2011 serta semua pihak yang telah bersama-sama membantu menjayakan ITEX 2011.
 

Penubuhan kolej vokasional

Nama sekolah vokasional akan ditukar kepada kolej vokasional sebagai usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan nama itu akan melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.

Perubahan itu, jelas beliau, sedang dikaji daripada pelbagai aspek termasuk kurikulum, tempoh pembelajaran di kolej serta kursus lanjutan yang boleh ditawarkan.

Menurutnya, ia dilakukan antara lain bagi menghapuskan tanggapan bahawa hanya pelajar yang tidak memperoleh pencapaian cemerlang dalam akademik akan disalurkan ke bidang vokasional dan teknikal.

”Kebiasaannya pelajar akan disalurkan untuk mengambil bidang vokasional dan teknikal kalau mereka tak memperoleh pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, maka itulah peluang mereka yang kedua, kalau tak ada peluang lain.

”Ini satu pendekatan yang tidak tepat kerana di negara maju sekalipun aspek vokasional diletakkan sebagai pilihan sama dengan bidang akademik,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, prestasi setiap pelajar akan dinilai dan jika di peringkat awal lagi seperti ketika di sekolah menengah rendah kecenderungan mereka adalah dalam hal yang tidak terlalu akademik, maka pelajar terbabit akan terus disalurkan ke bidang vokasional dan teknikal.

Jelasnya, kalau pun tidak disalurkan ke sekolah vokasional sepenuhnya, mereka boleh mengikuti kursus pra vokasional dalam sistem pendidikan biasa supaya di peringkat awal lagi mereka dapat mengikuti bidang vokasional dan teknikal yang diminati.

Ditanya kemungkinan kolej-kolej vokasional itu menjalin kerjasama dengan institusi lain, Muhyiddin berkata, ia boleh dilakukan dengan institusi pengajian di negara-negara maju termasuk Eropah menerusi pertukaran pelajar dan tenaga pengajar. – utusan