Shahrolnet
BuLaN PeNgHaFaZ BLOG: Masa Lapang
Memaparkan catatan dengan label Masa Lapang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masa Lapang. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Disember 2011

Majlis Pelancaran Logo, Lagu, Maskot Dan Laman Web SUKMA 2012 Pahang

3 Hari bersengkang mata. Tido pun tak cukup jam membantu En. Baha bekas pensyarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di bengkel projek Mekanikal untuk menyiapkan pelancaran logo, lagu, maskot dan laman web Sukma 2012 di Pahang.

Hampir 3 tahun tidak bersama En.Baha. Banyak kenangan bersama beliau sejak di POLISAS lagi terutamanya dalam projek-projek perasmian. Seorang pensyarah yang berfikiran terbuka dan sememangnya disenangi oleh mana-mana individu. Tidak lokek dengan ilmu dan pengalaman yang berguna. Tidak lokek juga dengan wang ringgit. Itulah jasa dan pengorbanan beliau semasa di Politeknik. Yang paling penting bagi beliau adalah menyumbangkan segala ilmu dan keringat pada anak bangsa.

Program Pelancaran yang dijalankan ini bukanlah julung-julung kalinya dilakukan oleh beliau.. Banyak pelancaran dan gimik perasmian telah disumbangkan oleh beliau terutamanya perasmian oleh tetamu kenamaan seperti Menteri Besar dan juga Sultan Pahang. Sememangnya boleh dibanggakan.

Walaubagaimanapun 'mission accomplished' setelah Majlis Pelancaran Logo, Lagu, Maskot dan Laman Web telah berjaya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat wakil kepada Menteri Besar Pahang.

Kepuasan yang amat sangat apabila gimik perasmian berjaya dilancarkan dengan sempurna. Tahniah Krew Automasi En. Baha.











Jumaat, 8 Julai 2011

Kertas Surat Khabar Yang Terbuang Ada Manfaatnya.

Surat khabar lama banyak kegunaannya. Saya fikirkan surat khabar lama hanya dikumpul, diikat dan dijual. Selepas itu, surat khabar tersebut akan dikitar semula di kilang-kilang. Seterusnya, akan diproses untuk dicetak surat khabar yang baru ataupun digunakan untuk kegunaan yang lain. Tapi semenjak saya bekerja lain pula ceritanya. Ia menjadikan hobi saya bertambah satu lagi iaitu mengumpul kertas surat khabar yang lama untuk dibuat bakul. Mungkin rakan-rakan di luar sudah lama tahu mengenai ilmu ini. Tapi inilah yang terjadi pada saya. Sekian lama saya menuntut ilmu di menara gading rupanya baru saya tahu melalui kertas surat khabar kini boleh bertukar menjadi bakul. Saya mempelajarinya di tempat kerja saya. Seorang pakcik yang berusia 5o-an sedang asyik membuat bakul untuk memenuhi masa lapangnya yang ada. Beliau tidak lokek untuk menurunkan ilmu itu pada anak muda seperti saya.

Proses untuk membuat bakul hanya memerlukan bahan-bahan terbuang seperti kertas surat khabar. Inilah yang dikatakan langkah menjaga alam hijau. Ia tidak memerlukan kos dan keringat yang membasahi bumi. Sambil duduk sambil mengisi masa lapang.Proses untuk belajar mengambil masa 1 hari sahaja. Kini saya pula sibuk menggulung kertas untuk membuat bakul. Masa yang lapang di tempat kerja digunakan untuk membuat bakul menggunakan kertas surat khabar lama. Sungguh meluas ilmu yang ada didunia ini. InsyaAllah, mungkin ilmu yang ada boleh saya komersialkan untuk pendapatan sampingan dan mungkin juga saya boleh ajar kepada pelajar-pelajar saya nanti di sekolah..Mungkin boleh menjadi pendapatan sampingan untuk orang-orang yang memerlukan.


Ahli bijak pandai ada mengatakan seperti ini,"jika saya ada seekor dan anda ada seekor jika kita tukar seekor maka kita akan ada seekor tapi jika kita ada satu ilmu dan anda ada satu ilmu dan kita tukar ilmu itu maka kita ada dua ilmu"..Ilmulah yang memartabatkan kita berbeza dengan malaikat berdasarkan firman Allah S.W.T ini-"Dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama semuanya,kemudian Dia perlihatkan kepada Malaikat,seraya berfirman,"sebutkan kepada-Ku nama semua(benda)ini,jika kamu yang benar!".(Surah Al-Baqarah ayat 31).

Bagi saya ilmu berkait rapat dengan masa,bagaimana kita menggunakan masa lapang kita ini untuk diperuntukkan mencari ilmu.Seorang penyair menggambarkan perihal usia kita dalam syairnya seperti berikut:"Tidaklah seseorang itu melainkan seorang manusia yang menunggang di atas belakang usianya di dalam suatu perjalanan,menghabiskan usia tersebut dengan hari dan bulan. Ia bermalam,berpagi,setiap hari dan malam,dalam hal keadaan ia jauh dari dunia dan dekat ke kubur."

Ada juga daripada William Shakepear ia mengatakan"Saya Telah Membuang Masa Kini Masa Membuang Saya".

Ada juga yang mengatakan "Masa Umpama Pedang Sekiranya Kamu Tidak Memotongnya Ia AKan Memotong Kamu".

Firman Allah S.W.T:
"Allah menggantikan malam dan siang.Sungguh pada yang demikian itu,pasti terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan(yang tajam).(Surah An-Nur).

Apabila kita meninggal dunia semua perkara kita akan terputus kecuali 3 perkara,salah satunya ialah 'ilmu yang bermanfaat'. Sungguh besar pahala si mati sekiranya ilmu yang diajar kepada seseorang digunakan secara bermanfaat dan pahala ilmu itu tidak akan putus sekiranya digunakan untuk kebaikan. Daripada sini kita dapat simpulkan bahawa menuntut ilmu dan mengajarkan ilmu besar-besar faedahnya untuk dunia dan akhirat.

InsyaAllah..Sekiranya ada kelapangan, saya akan menulis pula kaedah-kaedah untuk membuat bakul kepada sahabat-sahabat..