Shahrolnet
BuLaN PeNgHaFaZ BLOG: Mengenal Manusia Ciptaan Allah Versi 1

Isnin, 27 Jun 2011

Mengenal Manusia Ciptaan Allah Versi 1

Memperkatakan tajuk " Mari Mengenal Manusia" ertinya mengajak
manusia mengenal dirinya. Sabda Rasul SAW:

Maksudnya: "Barangsiapa kenal dirinya, akan kenal Tuhannya."


Jadi kita hendak mengenal diri kita . Kalau tidak kenal diri, tidak kenal Tuhan. Semakin banyak kenal diri, makin banyak kita kenal Tuhan. Makin mendalam kita kenal diri, makin mendalam kita kenal Tuhan.

Perkataan manusia itu dalam Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Inggeris disebut human being manakala Bahasa Arab disebut insan. Insan itu kalau diterjemah ke dalam Bahasa Melayu ertinya pelupa. Mari kita kenal bahawa manusia adalah makhluk pelupa. Bila disebut manusia atau insan , ia bukanlah satu benda yang gah. Kalau disebut, "mari kita kenal intan," ia suatu yang berharga dan menarik. Tetapi kalau disebut, "mari kita kenal orang pelupa," tidak ada yang indah. Intan tidak ada rasa bangga walaupun ia bernilai tetapi manusia yang pelupa ini suka bangga. Apalah indahnya bila Tuhan kata manusia itumakhluk pelupa?

Mari kita kenali makhluk pelupa iaitu manusia. Makhluk pelupa atau insan ini, ada 4 unsur yang paling penting padanya. Kalau 4 unsur ini tiada, bukan manusia atau bukan makhluk pelupa. Mungkin ia malaikat, binatang, syaitan atau jamadat iaitu benda-benda yang keras seperti kayu, batu, tanah.

Pada diri manusia ada 4 unsur yang sangat penting. Ia merupakan satu pakej yang menggerakkan tenaga manusia. Satu sama lainnya, saling perlu-memerlukan. Jika terdapat salah satu yang tidak boleh bekerjasama, akan berlaku kerosakan. Oleh kerana keempat-empat unsur ini hendaklah dihidupkan dan dicengkam untuk membolehkan manusia berfungsi dan bergerak. Unsur-unsur itu adalah:

1. Fizikal (atau dalam Bahasa Arabnya, jawarih)
2. Akal
3. Nafsu
4. Roh



(bersambung. ..)

1 ulasan: