Shahrolnet
BuLaN PeNgHaFaZ BLOG: UJIAN ITU IBARAT KEMUNCUP

Selasa, 8 Mei 2012

UJIAN ITU IBARAT KEMUNCUP

Ujian itu adalah ibarat kemuncup yang melekat di seluar kita melalui padang yang luas. Adakah kita akan berpatah balik atau meneruskan perjalanan setelah kita terkena kemuncup?

Sepatutnya kita meneruskan perjalanan walaupun kemuncup penuh di seluar kerana di akhir perjalanan nanti kita akan membuang kemuncup tadi. Begitulah ujian sama ada kegagalan atau kekecewaan yang dihadapi sepanjang perjalanan hidup kita, apakah kita akan berpatah balik? Jawapannya, tidak. Kerana jika kita memikirkan tentang kemuncup pasti kita akan berhenti berjalan dan bagaimana dengan destinasi tujuan kita? Teruskan perjalanan dan biarkan kemuncup itu melekat, kita boleh menanggalkannya bila tiba di destinasi.

 Semoga kemuncup itu boleh menjadi kenangan dan sejarah di dalam kehidupan kita bila kejayaan sudah berada di tangan.  



Tahniah semua warga ISMP yang berjaya ditempatkan di sekolah-sekolah nanti dalam jangkaan bulan JUN 2012. Semoga anda berjaya menjadi seorang pendidik berjiwa GURU yang akan mendidik anak bangsa kita. Tersalah mendidik maka rosaklah generasi anak bangsa kita.

4 ulasan:

  1. Semoga berjaya wahai bakal pendidik..=)insyaAllah...semoga semuanya berjalan dgn lancar..aamiin...

    BalasPadam
  2. Terima kasih dinda bakal Jurutera. Doakan KAMI smua berjaya!!!

    BalasPadam
  3. lagu dlm blog nie..apa tajuk nya..k.TQ

    BalasPadam