Shahrolnet
BuLaN PeNgHaFaZ BLOG

Selasa, 7 Oktober 2014

Mudahnya Bersutrah

Banyak hadis yang merakamkan sunnah Rasullullah ini. Ada ketika Nabi bersutrahkan dinding,tunggangan dan tombak. Mudah sahaja, berdasarkan panduan berikut:

1. Diletakkan dihadapan.
2. Mempunyai ketinggian jelas.
3. Berada dekat dengannya, dengan anggaran jaraknya dari tempat sujud sekadar laluan seekor anak kambing.

Seorang sahabat menceritakan: " Jarak antara tempat sujud Rasullullah dengan sutrah adalah sekira-kira mencukupi untuk laluan seekor anak kambing" (Riwayat al-Bukhari)

Sabda Baginda: "Hendaklah kamu bersutrah sekalipun dengan anak panah." (Riwayat al-Hakim)

Jangan lupa amalkan sunnah bersutrah selepas ini.







Rabu, 14 Mei 2014

Gaji Dan Keberkatan

Jika gaji kita RM5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM20000, Allah SWT akan berikan beza
RM15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.
Jika gaji kita RM5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM2000, beza RM3000 itu
Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya.
Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat “Give More”. Firman Allah SWT dalam Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik.
Wallahualam.
Sama-sama kita berusaha dan berjaya dunia akhirat.
Amin
~ dipetik dari Prof Dr Muhaya ~

Sabtu, 10 Mei 2014

LARANGAN GANTUNG GAMBAR BERNYAWA

Sedikit perkongsian yang saya dengar dalam kuliyah Ustaz Azhar ...

Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud:

“Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Oleh itu gambar2 makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang dismpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.

Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah..

Selasa, 15 April 2014

Selamat Hari Lahir

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Khamis, 6 Februari 2014

MENDENGAR LEBIH BAIK DARIPADA BERCAKAP

RAMAI orang lebih gemar bercakap daripada mendengar. Ramai juga lebih cenderung untuk memonopoli sesuatu perbualan atau perbincangan daripada membiarkan orang lain mendominasikan keadaan seperti itu. Dalam sesuatu perbincangan di antara dua insan, misalnya, si A akan memulakan perbualan dengan si B secara bertegur sapa, bertanya khabar, dan seterusnya akan memanjangkan proses perbualan itu dengan memberi tumpuan pada suatu topik yang boleh menjadi rancak dan hangat. Dalam keadaan begini sama ada si A atau si B akan cuba menjadi lebih dominan dan mudah menonjolkan diri sebagai arif tentang segala perbualan. Ini memang perkara biasa. Persoalannya, mengapakah manusia lebih gemar bercakap daripada mendengar? Orang yang gemar bercakap dan sentiasa ingin bercakap mempunyai lebih banyak perkara yang ingin diperluahkannya. Dalam hal begini dia amat memerlukan seorang yang sanggup mendengar atau ramai pendengar. Apakah jika kita memilih untuk mendengar, akan membuat kita lebih inferior daripadanya? Tidak. Mendengar itu membawa banyak manfaat dan faedah kepada kita jika kita bijak menghayati apa yang didengar dan kita akan lebih dihormati dan disegani. Terdapat banyak perbezaan di antara 'mendengar' dengan 'menghayati apa yang didengar'. Secara mudah, 'mendengar' itu hanya setakat mendengar sesuatu pada amnya ataupun pada tahap superficial. Manakala 'menghayati apa yang didengar' lebih berunsurkan kepada menilai, menganalisis dan membuat kesimpulan yang konkrit lagi menyeluruh, terhadap apa yang telah anda dengar daripada percakapan atau pertuturan itu. Setiap hari kita berinteraksi sesama manusia baik di tempat kerja, di bilik darjah, di kampus, tempat-tempat awam, mahupun di rumah. Selagi kita perlu menjalani kehidupan seharian selagi itulah kita perlu berkomunikasi sesama manusia. Mendengar itu amat penting dalam proses kita berkomunikasi sesama manusia. Kadangkala kita kurang sabar atau tidak berkeinginan untuk mendengar seseorang itu bercakap, bertutur atau membebel kepada kita. Apabila ini terjadi maka berlakulah 'pendengaran yang tidak berkesan' yang mana seringkali mesej yang hendak disampaikan itu tidak kesampaian. Yang lebih memburukkan lagi keadaan ialah timbulnya buruk sangka dan salah faham di antara manusia. Semua ini kerana mesej yang cuba disampaikan gagal menepati sasaran. Dalam situasi sedemikian, sedang orang yang cuba menyampaikan mesej dengan caranya sendiri, kita selalu mengandaikan kita sudahpun mengetahui apa yang akan diperkatakan. Oleh itu, perhatian kita dialihkan kepada perkara lain. Kita kurang mengendahkan apa yang hendak disampaikan, sebaliknya kita lebih pentingkan ''apa yang hendak aku perkatakan'' Inilah yang selalu dimaksudkan dengan communication breakdown. Kita perlu memainkan kedua-dua peranan yang lebih berkesan. Sebagai si pendengar dan juga sebagai pengantara. Untuk menjadi seorang pengantara atau communicator yang berkesan kita perlu mempertingkatkan lagi cara-cara mendengar dengan lebih berkesan. Yakni mendengar dengan cara menghayati apa yang didengar. Apabila seseorang itu sedang bercakap atau berkomunikasi dengan anda, tumpukan perhatian, minda dan anggota badan anda terhadapnya. Pastikan apa yang dia katakan dan nilai dan fahami intipati yang hendak disampaikan. Perhatikan mesej yang tersirat disebalik pertuturan tersebut. Di samping itu cuba lihat dari sudut orang yang sedang bercakap itu. Jangan bandingkan dengan perspektif anda sendiri, itu tidak akan menepati saling kaitan tentang apa yang sedang diperkatakan. Hapuskan segala buruk sangka atau memandang rendah terhadap pendapat atau ideanya. Anda harus mendengar dengan baik dan dengan hati yang terbuka. Buat perbandingan di antara pendapatnya dengan apa yang anda ketahui. Jangan bersikap defensive dan mudah menangkis apa saja yang hendak diperkatakan orang kepada anda. Lebih-lebih lagi jika ia boleh menyinggung perasaan anda. Juga, jangan mudah melatah ataupun naik marah jika anda dikritik. Sifat-sifat seperti ego, mementing diri sendiri atau perasaan rendah diri mudah membuat anda melenting atau cepat tersinggung. Proses pendengaran yang berkesan tidak mudah tercapai andainya sifat-sifat tersebut mempengaruhi perasaan anda. Kata orang: ''Cakap tak serupa bikin'. Memang benar. Tetapi bagi mempertingkatkan nilai diri kita dan mahir berkomunikasi secara matang lagi professional, kita harus berfikiran terbuka dan mampu mengawal perasaan pada bila-bila masa. Manusia memang gemarkan perkataan-perkataan yang lunak atau penuh dengan puji-pujian. Tetapi keadaan seperti itu jarang berlaku dan janganlah mengharapkan sangat. Anda sebagai 'pendengar' perlu bersedia menghadapi kenyataan. Di dalam perbalahan pun kita perlu mempraktikkan pendengaran yang berkesan. Kebiasaannya, sama ada si A ataupun si B akan lantang bercakap menjelaskan sesuatu atau cuba memperbetulkan keadaan. Apabila ini terjadi, si B yang mengambil peranan 'pendengar' biasanya tidak menghiraukan pendapat lawannya. Matanya akan menonjol dan meliar, dan menunggu masa saja untuk mematah atau menggulung percakapan si A. Sambil A bercakap, B sudahpun mereka jawapan-jawapan yang harus diberi yang jarang sekali berunsur rasional atau logik. Ke manakah arah tujuan perbalahan sedemikian? Selalunya akan memburukkan lagi keadaan dan mudah menjejaskan hubungan di antara kedua-dua pihak. Terdapat juga keadaan di mana kita cuba mengelak daripada mendengar sesuatu yang membolehkan 'pecah tembelang'. Bagi mereka yang takut menghadapi kenyataan akan pasti melakukan sesuatu sebelum ia boleh menjejaskan imej atau kredibiliti seseorang. Ini selalu berlaku dan tidak hairanlah ramai orang enggan mendengar keburukan diri sendiri. Mungkin itu satu alasan kenapa orang enggan mendengar tetapi lebih selesa bercakap mengenai hal orang lain. Beri masa yang mencukupi untuk seseorang bercakap atau bertutur. Perhatikan dalam sesuatu perbualan, ada orang suka mengganggu, mencelah atau menyampuk percakapan orang lain, seolah-olah dia lebih mengetahui atau lebih berpengalaman mengenai topik yang diperbincangkan. Tabiat begini akan mencacatkan proses atau aliran komunikasi itu sendiri kerana proses komunikasi memerlukan tumpuan atau konsentrasi bagi melahirkan pendapat atau buah fikiran. Kita harus menghormati orang yang sedang bercakap dan tunggu giliran kita pula untuk berbuat demikian. Ini penting. Apabila kita mendengar, kita mampu berfikir lebih pantas daripada orang yang sedang bercakap. Fikiran kita pula berupaya mereka dengan tepat penghujung ayat yang akan disebutkan oleh orang yang bercakap. Jadi, tunggu giliran anda, sementara itu nilai dan fahamilah apa yang sedang diperkatakan. Lebih baik lagi, diam dan dengar. Apabila giliran anda pula tiba, nyatakan pendapat anda dengan penuh hormat kepada orang yang mendengar. Cara berkomunikasi yang baik lagi berkesan adalah dengan bersopan santun. Jika anda fikir tidak perlu anda berkata sesuatu, jangan memaksa diri anda untuk bersuara. Kadang-kadang berdiam diri itu lebih bermakna kerana ia akan memperlihatkan kematangan diri kita. Ingat: ''Tak mungkin ikan di laut terkena umpan, jika ia tahu bila dan di mana mulutnya harus ditutup''. Jika anda berhasrat untuk meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi supaya ia lebih berkesan, anda perlu mengaplikasikan cara-cara pendengaran berkesan serta mengamalkan panduan berikut setiap masa: * Mesti sanggup mendengar dan menghayati apa yang didengar dengan fikiran terbuka. * Dengar betul-betul mesej yang disampaikan. * Fahami akan maksud orang yang bercakap. * Jangan membuat kesimpulan secara tergesa-gesa; nilai maksud mesej yang tersirat di sebalik kenyataan yang diperkatakan itu. * Jangan mudah mengganggu percakapan orang. Tunggu giliran anda. Orang akan menghormati anda kerana bersopan dan menghargai pendapat orang lain. * Tumpukan perhatian anda khusus kepada orang yang sedang bercakap dan pastikan kedua mata anda merenung dan memberi tumpuan kepadanya. Oleh: FARIT ISMETH EMIR Sedutan dari Utusan Online. Terima kasih...

Isnin, 12 Ogos 2013

Kejujuran - Kerana 20 sen $$



Pada suatu hari, seorang Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli kueh pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan..Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Khamis, 1 November 2012

Renungkan Muka Orang Yang Tersayang

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur... Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... .. Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

 Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

 Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya... Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah untuk KITA...

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita. Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ...

Sabtu, 16 Jun 2012

PENGORBANAN SEORANG INSAN YANG BERGELAR IBU DAN AYAH

Erti kehidupan baru ku rasai disini..hidup tidak mudah untuk dilalui..dulu mungkin aku tidak mengerti apa itu kehidupan sebenar tetapi apabila dewasa diri ini aku semakin mengerti tentang hidup ini..langkah perjalanan hidup ini terlalu perit untuk dihadapi..baru aku rasa apa itu pengorbanan..baru aku mengerti apa itu kasih sayang..dan baru aku sedar apa erti sebuah kejayaan...kini...aku mengimbas kembali zaman aku di alam persekolahan..aku teringat akan semua leteran ibu yang tak pernah jemu memberi nasihat agar aku sentiasa berusaha dalam kehidupan ini..nasihat ayah yang selalu bermain di fikiran setiap masa apabila kini aku jauh meninggalkan mereka demi mencapai satu kejayaan..kerana leteran itu dan kerana nasihat itulah membawa aku kesini..dulu mungkin aku tidak mengendahkan apa yang dikatakan mereka tetapi apabila aku berada jauh dari mereka baru aku rasai kebenaran kata- kata mereka..dulu juga mungkin aku tidak mengerti penat lelah ibu dan ayah mencari rezeki demi memastikan diriku hidup selesa dan tidak sekali terabai..aku tahu..disebalik senyuman dan ketawa mereka tersimpan satu rasa yang tak mungkin dapat aku tafsirkan...di sebalik wajah itu meletak sebuah harapan yang tinggi pada diriku...mereka mengharap aku berjaya bukan untuk kesenangan mereka di hari tua tapi harapan itu adalah buat diri ku..mereka inginkan aku hidup bahagia dan senang di masa hadapan..pengorbanan mereka terlalu besar...mereka sanggup menitiskan air mata demi kegembiraan diriku..mereka sanggup bersusah payah demi kesenanganku..mereka sanggup berpenat lelah demi mencari sesuap nasi agar aku tidak kelaparan..disebalik wajah itu jua tersimpan kerisauan terhadap diriku yang semakin dewasa..aku mengerti mereka amat risau apabila diriku jauh dari mereka...aku amat merasai sayang mereka pada diriku..aku amat merasai cinta mereka terhadap diriku..aku terlalu merindui mereka...aku amat memerlukan mereka disetiap hari-hariku..jasa mereka sangat aku hargai..pengorbanan mereka belum pasti dapat aku membalasnya kerana pengorbanan itu teramat besar...aku sangat sayangkan mereka..aku akan berusaha demi mereka..aku akan pastikan aku mampu membalas semuanya walaupun aku tahu sebenarnya jasa mereka sangat sukar untuk dibalas..disetiap langkah perjalanan ku disini adalah buat mereka..biar aku sukar melalui hari-hari ku disini..biar aku menangis disini..ini semua demi mereka walaupun kadangkala aku berasa ingin hentikan langkah perjalanan ini..namun memikirkan susahnya mereka mendidik dan berkorban sehingga membawa aku kesini..aku menjadikan itu satu semangat untuk aku berjuang mencapai kejayaan hidup yang teramat manis untuk aku .aku mengharapkan Allah sentiasa melindungi ibu dan ayah ku yang tercinta...dan aku mengharapkan Allah sentiasa menyayangi mereka seperti mana mereka menyayangi diriku..aku juga memohon pada Allah di setiap doa-doa ku agar Allah panjangkan umur mereka supaya aku berkesempatan untuk aku membalas jasa mereka dan menjaga mereka sehingga hari-hari terakhir mereka..kini aku meneruskan langkah ini demi mereka...tidak sekali aku melupakan wajah sayu mereka itu yang teramat aku kasihi dan cintai..aku sangat mengharapkan keredhaan mereka dan doa mereka buat diriku ..ayah..ibu...ampunkan dosa-dosa ku..terima kasih ayah..terima kasih ibu..atas segala penat lelah mu selama ini..kini anak mu telah mencapai puncak kejayaan yang engkau harapkan dan inginkan..aku akan pastikan engkau akan menitiskan airmata gembira apabila melihat anakmu berada dipuncak kejayaan itu bukan airmata kecewa kerana kegagalanku...rindunya aku dengan belaian kasih sayang mu ibu..rindunya dengan dakapan mu ibu...rindunya aku dengan cinta mu ayah...terasa hangat kasihmu walau kini aku jauh dari dirimu ayah dan ibu...kenangan kita bersama terlalu indah buat aku kenang..aku merindui saat kita tertawa bersama...baru aku mengerti bertapa berertinya dirimu..ayah..ibu..andai pernah aku terkasar dengan mu..maafkan diriku...maafkan anakmu ini andai aku tidak mampu mendapatkan apa yang engkau hajati..maafkan aku andai aku bukan anak yang terbaik buatmu ayah..buatmu ibu...aku teringat kata-katamu ayah dan ibu.."hidup ini banyak dugaan,kena kuat untuk tempuh segalanya"..mungkin endah tak endah sahaja ketika itu dengan ucapanmu tetapi kini aku mengaku kebenaran katamu itu..memang betul...dugaan hidup teramat banyak untuk aku lalui disini tanpa ibu dan ayah disisi.. ya Allah..terima kasih kerana menganugerahkan pada diriku seorang ayah dan ibu yang sangat sabar melayan kerenahku..yang sangat mencintai aku..yang sangat mengasihaniku...ampunkan dosa-dosa mereka ya Allah...ayah ibu...terima kasih untuk segalanya...

Kadang Kala Manusia Selalu Terlupa (termasuk saya)

Kadang-kadang kita lupa sesuatu.
Allah beri apa yang terbaik buat kita.
Mungkin bila kita berada di tempat orang yang kita segani, kita takkan mampu untuk jaga hati dengan baik.
Mungkin bila kita terlalu berada di puncak tinggi, kita tak mampu lagi nak menjenguk ke bawah.
Mungkin bila kita ada sesuatu yang lebih, kita terleka dengan kelebihan yang ada.
Mungkin.
Allah tahu hati kita, Allah tahu apa yang kita tidak tahu.
Jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada.

Didik hati untuk bersyukur dengan apa yang ada.
Didik hati untuk pandang mereka yang kita lihat dengan pandangan kasar jauh lagi baik dari kita.

Apa yang ada untuk kita, itu yang terbaik.
Usah ragu dengan takdir, kerna Allah sentiasa kurniakan yang terbaik buat hambaNya. Pasti.

Khamis, 10 Mei 2012

HARI HARI MERUPAKAN HARI IBU

Bilakah kali terakhir anda mengucup tangan kedua ibu bapa anda? Adakah pada Hari Raya yang lepas ataupun dua tahun yang lepas ataupun anda tidak pernah melakukannya seumur hidup anda ataupun anda telah kehilangan kedua ibu bapa anda tanpa sempat anda meluahkan betapa anda menyayangi dan mengasihi mereka.


Tidak kira apa situasi anda sekarang atau setinggi mana jawatan anda sekarang, laksanakanlah hak-hak sebelum mereka menutup mata. Orang tua tidak minta dilimpahkan dengan kemewahan, bagi mereka kasih sayang adalah perhatian dan tingkah laku yang dibuktikan dengan sifat-sifat mahmudah dan kemuliaan.


Jangan merasa malu untuk meluahkan rasa sayang anda terhadap mereka walaupun mereka tidak pernah meluahkan kepada anda. Jangan nanti ada penyesalan yang bersarang di dada kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab anda sebagai anak setelah kematian mereka. Jangan nanti ada penyesalan kerana tidak pernah mengucup dahi kedua ibubapa tercinta selain pada hari pengebumian mereka.


Tidak kira anak lelaki ataupun anak perempuan masing-masing mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kepada mereka sebelum mereka menutup mata. Satu peringatan bahawa keredhoan Allah SWT adalah terletak pada keredhoan ibu bapa. Jangan meminta balasan dan ganjaran atas apa yang anda lakukan terhadap mereka kerana kasih sayang dan pengorbanan yang mereka limpahkan pada kita selama ini tidak akan terbalas sehingga saat kematian kita kelak.



SELAMAT HARI IBU KEPADA BONDA YANG TERSAYANG DAN SEMUA KAUM-KAUM YANG BERGELAR IBU..
SELAMAT HARI IBU 2012 !!!

Selasa, 8 Mei 2012

Qalbu



Wahai hatiku....Ikhlaskan niatmu...Dalam menuntut ilmu....

Hormatilah guru......Juga ibubapamu......Dalam mencapai impian mu...

Wahai hatiku........ Niatmu perlu suci.......Dalam perjuangan......

Wahai hatiku.......Tingkatlah imanmu........Dalam menempuh dugaan...

Wahai hatiku...... Berhati-hatilah kamu......Terhadap ujian dunia......

Wahai hatiku......Tingkatlah amalmu......Semoga kamu diredhaiNya.....

Wahai hatiku........Amallah sunnah Nabi......Semoga kamu dirahmatiNya...

Wahai hatiku......Sedarlah kamu......Sebelum kamu dimatikan...... 

Wahai hatiku.......Ingatlah pada mati.......Kerana itu yang terbaik.......

Wahai hatiku....... Zikrullah kamu.......Dalam tatacara hidupmu........

Wahai hatiku.......Bersihlah anggota kamu......Dengan bersujud merendah diri.......

Ya Allah,Ya Tuhanku.....Ampunilah dosa-dosaku......Semoga aku diterima oleh kamu.........

UJIAN ITU IBARAT KEMUNCUP

Ujian itu adalah ibarat kemuncup yang melekat di seluar kita melalui padang yang luas. Adakah kita akan berpatah balik atau meneruskan perjalanan setelah kita terkena kemuncup?

Sepatutnya kita meneruskan perjalanan walaupun kemuncup penuh di seluar kerana di akhir perjalanan nanti kita akan membuang kemuncup tadi. Begitulah ujian sama ada kegagalan atau kekecewaan yang dihadapi sepanjang perjalanan hidup kita, apakah kita akan berpatah balik? Jawapannya, tidak. Kerana jika kita memikirkan tentang kemuncup pasti kita akan berhenti berjalan dan bagaimana dengan destinasi tujuan kita? Teruskan perjalanan dan biarkan kemuncup itu melekat, kita boleh menanggalkannya bila tiba di destinasi.

 Semoga kemuncup itu boleh menjadi kenangan dan sejarah di dalam kehidupan kita bila kejayaan sudah berada di tangan.  



Tahniah semua warga ISMP yang berjaya ditempatkan di sekolah-sekolah nanti dalam jangkaan bulan JUN 2012. Semoga anda berjaya menjadi seorang pendidik berjiwa GURU yang akan mendidik anak bangsa kita. Tersalah mendidik maka rosaklah generasi anak bangsa kita.

BURUNG GAGAK DENGAN AYAH DAN ANAK




Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah lalu menuding jari ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?" "Burung gagak", jawab si anak. 

 
Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama. Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit
kuat, "Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan
sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!" Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada
yang hendak tak hendak melayan si ayah, Gagak la ayah.......". Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah."Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah. Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. 




Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama. "Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah. Si anak akur dan membaca
perenggan yang berikut...

"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab,"Burung gagak". Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu.

Si ayah dengan perlahan bersuara, "Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah." 


Moralnya "Hormatilah Kedua Ibu Bapa Selagi Masih ada"................


BuLaN PeNgHaFaZ BLOG: ITU SEMUA RANJAU DALAM PERJALANAN DAN SEMUA PASTI ...

BuLaN PeNgHaFaZ BLOG: ITU SEMUA RANJAU DALAM PERJALANAN DAN SEMUA PASTI ...: Alhamdulillah, Allah SWT memberi ruang dan peluang untuk saya membuat coretan di dalam blog ini bagi berkongsi dengan saudara-sau...

tandatangan

ITU SEMUA RANJAU DALAM PERJALANAN DAN SEMUA PASTI MELALUINYA




Alhamdulillah, Allah SWT memberi ruang dan peluang untuk saya membuat coretan di dalam blog ini bagi berkongsi dengan saudara-saudara sekalian berkenaan kejayaan dan kekecewaan. Saya mohon untuk sahabat-sahabat sekalian membetulkan kesilapan saya andai saya tersalah kata dan berbicara. Mudah-mudahan Allah memberi Rahmat dan Limpah kasih sayang kepada kita semua. insyaAllah.

Kekecewaan ini lumrah hidup manusia, setiap orang pasti melaluinya. Jika hidup ini dipenuhi dengan kemanisan sahaja tiada juga indahnya. Kekecewaan atau dimaksudkan patah hati adalah asam garam di dalam resepi kehidupan. Jika hidup tanpa ujian dan kesakitan, nanti kita boleh lupa diri seperti Firaun yang hidup selama 500 tahun tanpa pernah sakit sehingga dia boleh mendakwa dirinya pula sebagai tuhan. 

Ujian ini merupakan cubitan sayang daripada Allah SWT kepada seseorang. Cubitan ini hakikatnya sakit dan pasti seseorang tidak suka dicubit namun bila cubitan itu datangnya dari seseorang yang dikasihi pasti cubitan itu tadi yang sakit menjadi keseronokan. Seorang suami dicubit oleh isterinya pasti dia suka akan cubitan tersebut sebab orang yang mencubitnya adalah orang yang disayangi, tetapi bagaimana pula dia dicubit oleh orang yang tidak dia sayang, pastinya benci akan cubitan tersebut.

Begitulah juga bila Allah SWT menurunkan ujian kepada hambanya, ia adalah cubitan sayang dari Allah SWT. Tetapi kenapa hambanya tidak suka akan cubitan tersebut? Ini kerana cubitan itu bukan datang dari orang yang dia sayang dan bila seseorang marah apabila diuji maka dia tidak menyayangi Allah SWT..

Coretan ini adalah sekadar muhasabah kepada diri saya sendiri dan ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat pembaca..


Bersambung….