Shahrolnet
BuLaN PeNgHaFaZ BLOG: Disember 2011

Sabtu, 31 Disember 2011

Tahun Baru 2012

Semoga lebih dekat lagi segala urusan kita dengan Allah Taala. Allahuakbar!!!

Ahad, 25 Disember 2011

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.


Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.


Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.


TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahu a’lam…

Khamis, 22 Disember 2011

Datang Awal Jumaat Allah Bagi Ganjaran Lebih

Pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang-kurangnya sebelum tergelincir mata hari. Ini kerana pada setiap hari Jumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat nama mereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka mencatatnya.



Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan, kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepala orang. Apabila masuk masjid, hendaklah kita solat dua rakaat tahayattul masjid walaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.



Sebaik-baiknya hendaklah ia solat di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak lalu di hadapannya ketika ia sedang solat. .Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah nasihat itu untuk diri kita dan berazamlah untuk melaksanakan segala nasihat tersebut.



Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap dengan teman ketika imam berkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah: Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imam sedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya." (Hadis Riwayat Ibn Majah)




Setiap hari-hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa daripada hari-hari lain.

Rabu, 21 Disember 2011

Susah dan Senang Juga Merupakan Peringatan Allah


Dari kecil sehingga kini.. Adakah Iman kita mantap dan sentiasa kekal diatas?
IMAN adalah harta paling berharga dimiliki seseorang Muslim dan bertindak sebagai piawaian yang menentukan martabat seseorang manusia di sisi Allah sama ada bahagia di dunia dan akhirat atau sengsara yang tidak berkesudahan dalam neraka.

Jadi, untuk menilai tahap kualiti iman seseorang Muslim, maka Allah sentiasa mengujinya dengan pelbagai bentuk ujian dalam kehidupan sehariannya. Adakalanya ujian berupa musibah atau bala yang amat membebankannya dan ada juga ujian berbentuk sesuatu yang amat menyenangkan hatinya.

Dalam hal ini, Allah berfirman bermaksud, �Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan� (al-Anbia:35)

Meminjam kata-kata Sayyid Qutub dalam kitab tafsirnya Di bawah Bayangan Al-Quran, beliau menegaskan kedua-dua bentuk ujian itu sebenarnya mempunyai tujuan sama iaitu untuk mengingatkan dan menyedarkan manusia supaya tidak lupa diri kepada Allah. Namun, apa yang berlaku. ramai yang tidak sedar diri mahupun insaf dengan peringatan Allah itu.

Justeru, ramai yang lupa diri dan akhirnya mereka mula semakin berani melanggar hukum hakam ketetapan Ilahi. Kebanyakan umat Islam kini tersalah faham akan pengertian ujian yang sebenarnya diturunkan Allah kepada setiap Muslim.

Secara umumnya, umat Islam rata-rata memahami ujian hanyalah dalam bentuk musibah, bala bencana, kepayahan, kesulitan dan sebagainya yang menimpa kepada seseorang insan yang akhirnya menyebabkannya berada dalam keadaan serba kesusahan.

Ada juga segelintir manusia yang menganggap bahawa hidup ini penuh dengan kesenangan dan keseronokan semata-mata serta sekadar bersuka ria saja, sedangkan kesenangan dan kesusahan adalah antara beberapa siri ujian yang sentiasa menemani sepanjang hidup setiap insan di bumi Allah ini.

Begitulah lumrah realiti kehidupan yang sentiasa menghiasi pentas hidup manusia. Ada kejayaan dan kegagalan, kemenangan dan kekalahan, kegembiraan dan kedukaan, untung dan rugi, sihat dan sakit dan sebagainya. Yang penting, ujian yang mendatang itu adalah sebagai ukuran terhadap iman yang bertakhta dalam sudut hati, sama ada berjaya atau tidak, ia adalah bergantung kepada sejauh mana kemampuannya mendepani ujian berkenaan.

Begitulah cermin kehidupan yang dapat kita lukiskan melalui pengalaman hidup yang ditempuhi setiap insan sepanjang masa. Perlu diinsafi semua itu sebahagian daripada Sunnatullah. Bagi orang beriman, mereka sudah tentu dapat memahami konsep itu kerana mereka betul-betul meyakini manusia hanya merencana dan merancang, tapi Allah jugalah yang menentukan segala-galanya.

Dari segi lain, kegagalan kali pertama bukan bererti gagal untuk selama-lamanya. Ini falsafah hidup yang sewajarnya menjadi pegangan hidup Muslim di dunia yang serba mencabar ini di mana kegagalan yang ditempuhi mampu menyuntik kembali semangat juang dan keimanan serta ketabahan dalam menelusuri titian hidup.

Kesimpulannya, ujian hidup ini sebenarnya adalah satu perjalanan hidup yang pasti dan mesti dilalui oleh setiap insan yang menghuni bumi Allah ini. Setiap insan sewajarnya bersiap sedia kerana ujian itu kadang-kadang menjelma tanpa diundang dan disedari olehnya biarpun tidak dirancang.



Ujian itu berada di bawah ketentuan dan ketetapan Ilahi. Paling penting tidak kira sama ada kesenangan atau kesusahan menimpa, setiap Muslim berbekalkan keimanan kepada Allah semestinya bersedia mendepani liku hidup yang penuh onak. Ingatlah kepada Allah sentiasa dalam semua keadaan, mudah-mudahan rahmat dan hidayah Allah menemani setiap detik hidup insan yang beriman.

Sabtu, 17 Disember 2011

Majlis Pelancaran Logo, Lagu, Maskot Dan Laman Web SUKMA 2012 Pahang

3 Hari bersengkang mata. Tido pun tak cukup jam membantu En. Baha bekas pensyarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di bengkel projek Mekanikal untuk menyiapkan pelancaran logo, lagu, maskot dan laman web Sukma 2012 di Pahang.

Hampir 3 tahun tidak bersama En.Baha. Banyak kenangan bersama beliau sejak di POLISAS lagi terutamanya dalam projek-projek perasmian. Seorang pensyarah yang berfikiran terbuka dan sememangnya disenangi oleh mana-mana individu. Tidak lokek dengan ilmu dan pengalaman yang berguna. Tidak lokek juga dengan wang ringgit. Itulah jasa dan pengorbanan beliau semasa di Politeknik. Yang paling penting bagi beliau adalah menyumbangkan segala ilmu dan keringat pada anak bangsa.

Program Pelancaran yang dijalankan ini bukanlah julung-julung kalinya dilakukan oleh beliau.. Banyak pelancaran dan gimik perasmian telah disumbangkan oleh beliau terutamanya perasmian oleh tetamu kenamaan seperti Menteri Besar dan juga Sultan Pahang. Sememangnya boleh dibanggakan.

Walaubagaimanapun 'mission accomplished' setelah Majlis Pelancaran Logo, Lagu, Maskot dan Laman Web telah berjaya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat wakil kepada Menteri Besar Pahang.

Kepuasan yang amat sangat apabila gimik perasmian berjaya dilancarkan dengan sempurna. Tahniah Krew Automasi En. Baha.











Pujilah Diri Sendiri




Pujilah diri sendiri...
Biar rasa dihargai...
Walaupun bukan dari orang lain yang sering tidak mengerti...
Pujilah diri sendiri...
Bukan untuk berasa mulia sekali...
Cukuplah sekadar memotivasikan diri...
Bahawa diri sendiri sangat berpotensi..

Pujilah diri sendiri....
Bukanlah dengan meninggi diri biar orang ketahui...
Tapi, cukuplah yang tahu hanya kita dan diri...
Biar rasa saling melengkapi..

Sesekali, pujilah diri sendiri. Kalau sebelum ini setiap kali ada masalah kita sering menyalahkan diri sendiri sebab tidak mampu lakukan yang terbaik. Kadang-kadang masalah orang terdekat terutamanya orang yang kita sayang, juga kita tanpa sedar meletakkan kesalahan itu pada diri kita sendiri sebab tidak mampu melakukan yang terbaik untuk mereka. Akhirnya, diri sendiri jugak yang "terasa hati". Kesannya mungkin bukan suatu yang besar, tapi secara halusnya menghancur lumat motivasi diri.

Sesekali, pujilah diri sendiri. Bukan untuk merasa bongkak dan "lebih-lebih" tetapi sebagai satu terapi untuk kita sentiasa merasakan bahawa diri kita mampu lakukan yang terbaik dalam apapun jua keadaan. Andai sebelum ini setiap kali ada kegagalan, kita mudah merasa rendah diri walaupun kita sudah lakukan yang terbaik. Kalau lah diri kita entiti yang berlainan daripada jasad, pasti "dia" menangis kerana kita sering menunding jari padanya untuk menunjukkan "dia" lah yang bersalah.

Sesekali, pujilah diri sendiri. Duduk, dan muhasabahlah sebentar. Imbas kembali diri kita yang dulu. Pelbagai ujian sudah kita tempuhi. Ujian yang dahulunya kita rasa mustahil untuk dilepasi, namun akhirnya kita berdiri hari ini sebagai seorang yang sudah terselamat dari ujian yang kita takut untuk lepasi dulu. Bukankah itu satu kejayaan buat diri? Itu baru satu ujian, sedangkan sepanjang usia kita dari kecil sehingga sekarang, ada yang sudah usianya separuh abad, suku abad, sepertiga abad, pasti sudah melalui pelbagai pahit getir dalam kehidupan. Dalam tempoh itu, lihatlah keupayaan diri kita sendiri. Telah banyak kejayaan atas ujian yang telah kita ukirkan sendiri, mungkin tanpa kita sedar. Kerana itu, apa salahnya sesekali kita menepuk bahu sendiri, mengucap syabas dan tahniah pada diri sendiri atas kejayaan-kejayaan yang telah kita dapat sepanjang kehidupan kita.

Sesekali, pujilah diri sendiri. Biarpun kita mungkin sukar nak mendapat pujian itu dari orang lain, biarkan. Pujian yang sebenarnya harus dari diri sendiri, barulah kejayaan itu terasa indah untuk kita nikmati. Kalaupun kita sering berada dalam kalangan orang yang sentiasa mendapat pujian dari orang lain, tidak akan sama dengan pujian untuk diri sendiri. Orang lain mungkin hanya melihat kejayaan kita cuma luaran semata. Tapi, diri sendiri yang selama ini merasa pahit getir mendaki gunung melepasi halangan, pasti kita rasa semuanya. Tatkala jatuh bangun, sakit pedih, luka dan darah, semuanya hanya kita yang merasai, kerana itu nilai kejayaan yang kita dapat, sangat berharga andai dimengerti oleh diri sendiri.

Sesekali, pujilah diri sendiri. Andai kita berjaya hari ini, semuanya kerana semangat yang ada dalam diri sendiri. Semangat yang mungkin tiada pada orang lain. Hanya kita yang perolehi kerana kita adalah seorang yang hebat. Sokongan daripada orang lain cuma tolakan luaran, namun, tolakan yang sebenarnya daripada diri kita sendiri sehingga kita mampu menjadi orang yang hebat seperti sekarang.

Sesekali, pujilah diri sendiri. Andai kita merasakan bahawa kita belum lagi mengukir kejayaan, muhasabahlah. Hakikatnya sudah banyak ujian yang telah kita lalui, dan akhirnya kita berjaya tanpa kta sedar. Sesekali, berilah hadiah untuk diri sendiri, agar kita rasa termotivasi.

Hakikatnya, diri kita adalah orang yang sangat berpotensi. Kita hari ini adalah kerana kita suatu ketika dahulu. Kejayaan yang telah kita gapai dan yang akan kita capai, semuanya kerana kemahuan, semangat, keupayaan, keinginan DIRI SENDIRI.

Jadi, kalau bukan kita sendiri yang menghargai diri sendiri, siapa lagi?...=)