Shahrolnet
BuLaN PeNgHaFaZ BLOG: Jun 2011

Selasa, 28 Jun 2011

Zaman Batu Satu Pembohongan Sejarah Manusia

Tahukah anda bahawa 700,000 tahun dahulu, manusia melayari lautan dengan binaan kapal yang bagus?

Atau pernahkah anda mendengar manusia yang digelar sebagai 'orang gua primitif' memiliki kemahiran artistik dan pemahaman sebagaimana yang dipunyai oleh artis moden?

Adakah anda tahu bahawa Neanderthal yang hidup sejak 80,000 tahun dulu dan digambarkan oleh para evolusionis sebagai 'manusia beruk', juga mampu membuat alatan muzik, memperoleh keselesaan dari pakaian dan aksesori, dan berjalan di atas pasir panas beralaskan sandal?

Dalam segala kemungkinan anda mungkin tidak pernah mendengar fakta-fakta berkenaan. Sebaliknya, anda telah diberi tafsiran salah bahawa manusia tersebut adalah separuh manusia dan separuh beruk, tidak mempu berdiri lurus, kurang kemahiran untuk berkomunikasi dan hanya mengeluarkan bunyi dengusan yang pelik. Ini kerana dalam masa lebih daripada 150 tahun, kebanyakan orang seperti anda telah dihujani oleh keseluruhan penipuan ini.

Tujuannya adalah untuk meneruskan perjuangan falsafah materialis yang menafikan kewujudan Allah SWT. Menurut perspektif yang menyeleweng ini, alam semesta dan kebendaan adalah abadi. Dengan erti kata lain, ia tiada permulaan, dan juga tiada Pencipta. Asas yang kononnya saintifik untuk kepercayaan karut ini adalah teori evolusi.

Oleh kerana mereka mendakwa bahawa alam semesta tiada Pencipta, para evolusionis harus memberi penjelasan tentang bagaimana kehidupan dan sejumlah spesis lain wujud di bumi ini. Untuk tujuan itu, mereka menggunakan teori evolusi. Berdasarkan teori ini, semua kejadian dan kehidupan di alam semesta berlaku secara kebetulan. Sebahagian benda tidak bernyawa di zaman purbakala bercantum secara tidak sengaja lalu membentuk sel hidup pertama. Kemudian organisma terwujud hasil daripada ketidaksengajaan selama jutaan tahun ini. Dan akhirnya manusia wujud sebagai peringkat terakhir rantaian evolusi.



Sejarah awal manusia - yang dianggap hasil daripada perubahan secara kebetulan selama jutaan tahun, dan setiap satunya lebih mustahil daripada perubahan terakhir, telah diselewengkan untuk menyokong senario songsang ini. Evolusionis, yang sememangnya ketiadaan bukti-bukti kukuh, mendakwa bahawa asal sejarah manusia adalah seperti berikut: Bermula seperti bentuk kehidupan lain, berlangsung daripada organisma purba hingga kepada manusia yang dipercayai perkembangan paling maju berbanding yang lain. Oleh itu, sejarah manusia kononnya berkembang daripada komuniti primitif kepada masyarakat bandar yang moden. Hakikatnya, anggapan ini sama sekali tidak mempunyai sebarang bukti. Ia juga menggambarkan sejarah manusia seperti yang didakwa oleh falsafah materialis dan teori evolusi.

Para saintis evolusionis - dalam usaha mereka untuk menyokong proses evolusi yang dianggap bermula daripada sel tunggal kepada organisma berbilang sel, kemudian daripada beruk kepada manusia - bukan saja telah 'menulis' semula asal-usul manusia, bahkan juga 'mencipta' era khayalan seperti 'Zaman Orang Batu' dan 'Zaman Batu' untuk menjelaskan cara hidup 'Orang Primitif'. Evolusionis, yang percaya pada kepalsuan bahawa manusia dan beruk berasal daripada moyang yang sama, telah memulakan usaha dalam kajian baru demi membuktikan dakwaannya. Untuk itu, mereka meneliti setiap batu, atau mata panah, atau mangkuk yang ditemui semasa penggalian arkeologi. Walau bagaimanapun, gambaran 'manusia beruk' duduk di dalam gua yang gelap sambil berpakaian berbulu serta tidak mampu bercakap dengan baik, semuanya adalah rekaan semata-mata. Orang primitif tidak pernah wujud, begitu juga dengan Zaman Batu. Semuanya adalah pembohongan evolusionis dengan sebahagian bantuan media.

Dakwaan para evolusionis telah diruntuhkan sepenuhnya oleh perkembangan terbaru dalam bidang sains - terutamanya dalam ilmu biologi, paleontologi, mikrobiologi, dan genetik. Pendapat bahawa masing-masing spesis berubah menjadi 'versi terbaru', telah dibuktikan salah.

Manusia juga tidak berkembang daripada makhluk beruk. Manusia sememangnya adalah manusia sejak kewujudan mereka lagi, dan mempunyai peradaban canggih sehingga ke hari ini. Maka, 'evolusi sejarah' juga tidak pernah terjadi.

Buku ini mendedahkan bukti-bukti saintifik bahawa 'evolusi sejarah manusia' hanyalah pembohongan semata-mata, dan saya akan menunjukkan bagaimana hakikat penciptaan telah disokong oleh penemuan saintifik terkini. Manusia wujud di dunia ini bukan melalui evolusi, tetapi dengan penciptaan sempurna Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.

Lihat dan fahamkan video dibawah yang menunjukkan sejarah manusia telah diputar belitkan oleh manusia yang tidak mengenal tuhan.




Isnin, 27 Jun 2011

Mengenal Manusia Ciptaan Allah Versi 1

Memperkatakan tajuk " Mari Mengenal Manusia" ertinya mengajak
manusia mengenal dirinya. Sabda Rasul SAW:

Maksudnya: "Barangsiapa kenal dirinya, akan kenal Tuhannya."


Jadi kita hendak mengenal diri kita . Kalau tidak kenal diri, tidak kenal Tuhan. Semakin banyak kenal diri, makin banyak kita kenal Tuhan. Makin mendalam kita kenal diri, makin mendalam kita kenal Tuhan.

Perkataan manusia itu dalam Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Inggeris disebut human being manakala Bahasa Arab disebut insan. Insan itu kalau diterjemah ke dalam Bahasa Melayu ertinya pelupa. Mari kita kenal bahawa manusia adalah makhluk pelupa. Bila disebut manusia atau insan , ia bukanlah satu benda yang gah. Kalau disebut, "mari kita kenal intan," ia suatu yang berharga dan menarik. Tetapi kalau disebut, "mari kita kenal orang pelupa," tidak ada yang indah. Intan tidak ada rasa bangga walaupun ia bernilai tetapi manusia yang pelupa ini suka bangga. Apalah indahnya bila Tuhan kata manusia itumakhluk pelupa?

Mari kita kenali makhluk pelupa iaitu manusia. Makhluk pelupa atau insan ini, ada 4 unsur yang paling penting padanya. Kalau 4 unsur ini tiada, bukan manusia atau bukan makhluk pelupa. Mungkin ia malaikat, binatang, syaitan atau jamadat iaitu benda-benda yang keras seperti kayu, batu, tanah.

Pada diri manusia ada 4 unsur yang sangat penting. Ia merupakan satu pakej yang menggerakkan tenaga manusia. Satu sama lainnya, saling perlu-memerlukan. Jika terdapat salah satu yang tidak boleh bekerjasama, akan berlaku kerosakan. Oleh kerana keempat-empat unsur ini hendaklah dihidupkan dan dicengkam untuk membolehkan manusia berfungsi dan bergerak. Unsur-unsur itu adalah:

1. Fizikal (atau dalam Bahasa Arabnya, jawarih)
2. Akal
3. Nafsu
4. Roh



(bersambung. ..)

Khamis, 23 Jun 2011

Nukilan Dari Hati..Mencari Sinar Kebahagiaan (SAKINAH)

Kalau boleh kita inginkan impian kita menjadi kenyataan.
Namun kita insan yang lemah, hanya mampu berimpian dan berusaha mendapatnya.
Kehendak kita adalah fantasi kehidupan yang ingin kita dambarkan,
Namun ketentuan realiti bergantung kepada ketetapan NYA

Menerima hakikat hanya DIA sahaja tahu apa terbaik untuk kita.
Kita hanya perlu menerima takdir yang ditentukan
dan mencari kebahagiaan disebalik kekalutan yang berlaku.

Percayalah,
Setiap kekalutan yang berlaku pasti ada ketenangan,
Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaian,
Setiap kepahitan yang berlaku pasti ada kemanisan,
Setiap kepedihan yang berlaku pasti ada penawar,
Setiap luka yang berlaku pasti sembuh dgn IODIN.

Apa yang penting,
Mencari sinar kebahagian disebalik kegelapan,
Mencari kemanisan hidup disebalik kepahitan yang dialami,
Mencari penawar disebalik kepedihan yang diterima,
Mencari penyembuh disebalik luka yang berlaku.

Saya tayangkan sebuah video ceramah yang boleh menyentuh perasaan kita sebagai insan normal yang hidup di dunia ini..Saksikan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin.

Rabu, 22 Jun 2011

Kerap Berlakunya Gerhana Antara Tanda Kiamat


4 Gerhana Matahari dan 2 Gerhana Bulan pada tahun ini 2011

gerhana bulan di sydney Video Dan Gambar Gerhana Bulan 16 Jun 2011
Gerhana Bulan Di Sydney 16 Jun 2011
gerhana bulan di malta Video Dan Gambar Gerhana Bulan 16 Jun 2011
Gerhana Bulan Di Selatan Malta 15 Jun 2011
gerhana bulan di frankfurt Video Dan Gambar Gerhana Bulan 16 Jun 2011
Gerhana Bulan Di Frankfurt 15 Jun 2011
gerhana bulan di marsascala Video Dan Gambar Gerhana Bulan 16 Jun 2011
Gerhana Bulan Di Selatan Malta 15 Jun 2011

Empat gerhana matahari sebahagian dan dua gerhana bulan total akan terjadi di 2011. Kombinasi empat dan dua gerhana dalam satu tahun ini adalah peristiwa yang jarang berlaku.Gerhana matahari sebahagian pada 2011 akan terjadi pada 4 Januari, 1 Jun, 1 Julai, dan 25 November. Sedangkan gerhana bulan total akan terjadi pada 15 Jun dan 10 Disember. Kombinasi empat gerhana matahari dan dua gerhana bulan dalam setahun hanya akan  berlaku enam kali sepanjang abad ke-21, yakni pada tahun 2011, 2029, 2047, 2065, 2076, dan 2094.

Malangnya, seluruh gerhana matahari tidak akan dapat dilihat dari Indonesia, Malaysia. Tapi, dua gerhana bulan total akan dapat diamati di Nusantara. Seluruh fasa gerhana bulan total Jun akan dapat diamati di Indonesia bagian barat, sementara wilayah Indonesia lain mengalami gerhana bulan sebahagian. Pada penghujung tahun 2011, seluruh fasa gerhana bulan total akan dapat diamati dari Sabang hingga Merauke.Gerhana berdekatan, yakni gerhana matahari sebahagian pada 4 Januari, akan dapat diamati di sebahagian besar wilayah Eropah, Afrika utara, dan Asia Tengah. Di bandar-bandar Eropah seperti Madrid, Paris, London, dan Copenhagen, akan menjadi lokasi terbaik jepretan foto gerhana sebahagian, saat
matahari baru terbit.

Puncak gerhana matahari sebahagian ini akan terjadi pada 08:50:35 waktu
universal (UT) dan lokasi terbaik adalah di wilayah utara Sweden. Warga di Kaherah, Jerusalem, Istanbul, dan Tehran juga akan mendapati gerhana matahari sebagian dengan magnitud besar.Pemandangan indah gerhana matahari sebahagian menjelang suria tenggelam akan dapat  diamati di kawasan tengah Rusia, Kazakhstan, Mongolia, dan kawasan barat laut China. Gerhana matahari sebahagian rasmi berakhir saat penumbra meninggalkan bumi pada 11:00:54 UT.

Firman Allah dalam ayat 6-13 surah al-Qiamah :

يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ   فَإِذَا بَرِقَ
الْبَصَرُ   وَخَسَفَ الْقَمَرُ   وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ
يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ   كَلَّا لَا وَزَرَ
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ  يُنَبَّأُ الْإِنْسَانُ 
يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ

Maksudnya : Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi berpinar-pinar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka)pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Kemanakah hendak melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada
lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan. Bumi semakin uzur dan hampir ke penghujungnya di mana pelbagai peristiwa yang berlaku di hadapan mata kita telah menunjukkan dengan nyata tentang betapa hampirnya dunia ini dengan saat kehancuran yang dinamakan Qiamat. Ketika merenungi bagaimana banyak peristiwa akhir-akhir ini berlaku pada hari Jumaat antaranya hari raya haji lepas, awal Muharram 1431H, Krismas 25 Disember, 1 Januari 2010 dikuti dengan gerhana bulan pada malam tahun baru dan disusuli gerhana petang 15 Januari lalu dan gerhana bulan 16 Jun mengingatkan kita tentang Qiamat yang bakal berlakupada hari Jumaat. Malah kekerapan berlakunya gerhana bulan dan matahari akhir-akhir ini mengingatkan kita tentang kaitannya dengan tanda-tanda Qiamat sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim:

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ رضي الله عنه
قَالَ : اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا
وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ : مَا تَذَاكَرُونَ ؟ قَالُوا : نَذْكُرُ
السَّاعَةَ ، قَالَ : إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا
عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ
الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَأَجُوجَ
وَمَأْجُوجَ وَثَلاثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ
بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ ، وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ
تَخْرُجُ مِنْ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ

Maksudnya : Nabi saw muncul ketika kami sedang berbincang, lalu baginda bertanya: Apa yang kalian bicarakan? Mereka berkata: “Kita berbicara berkaitan Qiamat, baginda bersabda: Qiamat tidak akan berlaku sehingga kamu lihat sepuluh tanda iaitu

[1] keluar asap,
[2]muncul Dajjal,
[3] keluar binatang Dabbah,
[4]matahari terbit dari barat
[5]turunnya nabi Isa Ibni Mariam,
[6]muncul Ya’juj Makjuj

berlaku tiga gerhana iaitu:


[7]satu gerhana di timur,
[8] satu di barat
[9]dan satu lagi di Semenanjung Arab
[10] dan lain yang adalah api keluar dari Yaman lalu menghalau manusia ke tempat berkumpul

Isnin, 20 Jun 2011

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umatnabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan
kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang
dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah
memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun. 

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan
oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah
tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.
Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


Seangkuh-angkuh Iblis pun,mereka hanya tidak sujud pada Adam a.s,tetapi keangkuhan biasa manusia
khususnya umat Muhammad s.a.w yang lalai ialah tidak mahu bersujud pada Tuhan Sekalian Makhluk
termasuklah Iblis sendiri yakni Allah S.W.T. Iblis begitu takjub melihat manusia yang tidak mahu bersujud pada Allah kerana mereka sendiri tidak berani melakukan sebegitu. Itulah manusia,mudah lupa…bukan sahaja Melayu mudah lupa,tapi umat Islam sekarang sudah lupa…

Motivasi Diri By Shahrol Hafiz

Kematangan akal fikiran banyak mengubah hidup seseorang. Sesuatu kejayaan tidak dapat digapai tanpa usaha dan cubaan. Sekali gagal bukan gagal selamanya. Saya berbicara kali ini bukan ingin menyatakan yang saya sudah berjaya...Tapi perjalan hidup saya masih jauh dan perlukan banyak pengalaman. Melalui pengalaman membuatkan seorang insan lebih matang. Saya menjadikan pesanan-pesanan mereka untuk saya terus berkongsi. Semoga Allah redha~ :)

"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan." (Badiuzzaman Said Nursi)

"Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!"

"Usah menangis tiap kegagalan. Usah berbangga tiap kejayaan. Usah malu pada kekurangan kerana itu semua ujian untuk mengukur setinggi mana keimanan PERJUANGAN hari ini menentukan siapa kita di hari esok...

Erti Hidup Pada Memberi. Ia bukan slogan, tetapi sumber kekuatan diri. Berikan ILMU kepada akal supaya TAHU. Suntikkan IMAN ke hati supaya MAHU. BerJIHADlah menundukkan nafsu supaya MAMPU. Insya Allah!". Semoga perjalanan hidup kita lebih sempurna. Ingatlah !!! Kita hanya merancang TAPI TUHAN yang menentukan.

Kenapalah Engkau Malas Sembahyang

Add caption
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.


Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku,
Dalam kubur nanti jawablah seorang..

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.

Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Ahad, 19 Jun 2011

Cerita Pelik Jer...

Pada kali ni, saya akan bercerita pasal berita-berita pelik yang berlaku pada beberapa hari lepas dari seluruh dunia. Saya juga akan bercerita senarai orang paling kaya dalam dunia yang baru dikeluarkan oleh Forbes. Ok, mula.......




Di Washington, USA, beberapa saintis German di sana menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros! Mereka menegaskan bau yang wangi seperti bau ros mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur. Kajian telah dilakukan pada 74 orang sukarelawan. Sukarelawan ini tidur dalam bilik yang ada bauan ros ni dan apabila mereka bangun mereka akan menjalani ujian yang disediakan. Ujian yang sama dijalankan pada esoknya, tanpa bauan ros. Nak tahu keputusannya? Dengan bauan ros mereka mendapat 97.2 markah berbanding 86 markah sahaja tanpa menghidu bau ros! Saya berfikir, lepas ni saya nak pegi kedai bunga beli ros banyak-banyaklah, hehe

Di Berlin, German, seorang lelaki berusia 42 bertindak ganas dengan menceroboh padang perlawanan bola sepak hanya kerana tidak berpuas hati dengan kekasaran yang dilakukan oleh seorang pemain terhadap pemain lain. Beliau bukan sahaja menceroboh padang perlawanan tapi juga menendang pemain tersebut dengan gaya karate dan menggomol pemain tersebut! Kalau tu tak cukup pelik, kalau anda nak tahu perlawanan bola sepak itu adalah perlawanan antara budak-budak berumur 8 tahun!! kelakar pun ada! hehe. hai, manusia zaman sekarang dah tak boleh bezakan yang betul dangan salah. Budak-budak lapan tahun buat kasar pun nak mengamuk! Saya rasa dia ni kena ambil kursus mengawal kemarahan la. Kita pun kadang-kadang tu boleh hilang sabar, tapi kenalah selalu ingat Tuhan, barulah boleh elakkan perkara macam ni berlaku.


Ni kisah kat London, England, Calon-calon untuk memasuki university di sana telah "kantoi' meniru atau plagiarisme sebelum mereka masuk ke university lagi. Baru hantar pemohonan dah kantoi meniru, kalau dah jadi student apatah lagi! Kisahnya begini, sistem untuk masuk ke university di England ialah calon-calon perlu isi borang pemohonan secara online dan calon perlu isi maklumat yang diperlukan. Tapi malang tak berbau, kata orang melayu, beberapa ratus calon telah didapati copy-paste maklumat dari satu website yang agak popular yang bagi contoh borang yang diisi oleh calon-calon yang telah berjaya. Jadi diaorang ni, tanpa berfikir panjang, ambik je maklumat tu dan hantar. Antara ayat yang dapat dikesan terdapat dalam beratus-ratus borang permohonan ialah "burning a hole in pyjamas at age eight". Saya pun berfikir, manusia ni bila perkara jadi makin mudah, kita pula jadi semakin malas. Bila senang nak dapat maklumat, kita pula ambil jalan mudah dengan copy-paste je maklumat tu. Kekadang tu tak baca pun apa yang kita copy-paste terus hantar je kat lecturer! hehe, kalau anda terasa, jangan risau, saya lebih terasa bila tulis artikel ni, huhu

Masa sekolah dulu anda belajar science, lembu tergolong dalam kumpulan herbivor, iaitu haiwan yang hanya makan tumbuhan, manakala karnivor adalah pemakan haiwan lain tapi lagi sepuluh tahun bila anak anda dah masuk sekolah, cuba anda tanya dia, "lembu dalam golongan apa?" dan jangan terkejut kalau anda dapat jawapan Karnivor! Cuba baca cerita ni...


Di, Kolkata, India, seorang petani menyalahkan anjing jiran-jirannya atas kehilangan misteri ayam ternakannya. setiap hari bilangan ayam yang diternaknya semakin kurang, pada waktu pagi nampak bulu-bulu ayam berselerakan di reban. Petani ni pun berang la, nak bangun pagi pun susah sebab ayam-ayam dia ni pun bertindak sebagai jam loceng! *ini aku tambah, huhu* Maka, dia pun buatla rancangan untuk mengintip siapakah dalang disebalik kehilangan misteri ayam ternakannya dan selepas menenyeh biji mata dia berkali-kali, dia masih tak dapat percaya apa yang di tengok! Lembu yang dibelanya dengan lahapnya melahap ayam ternakannya. *nyam-nyam* Lalu di pun berfikir, tak cukup ke rumput yg aku bagi sampai ayam aku pun dia nak lahap? Saya pun tak tau adakah pada masa saya tulis blog ni, petani ni dah dapat jawapan pada persoalan yg bermain di fikirannya tu! haha..


Di, Guatemala City, Sekumpulan bomoh terlatih telah telah merancang untuk membersihkan tapak suci puak Mayan daripada "badi sial" yang akan dibawa oleh seseorang ke tempat itu tak lama lagi. Seseorang yang saya maksudkan tak lain dan tak bukan ialah Presiden Bush! Seorang jurucakap bomoh-bomoh tu berkata, kehadiran Bush ke tapak suci itu sebagai satu penghinaan pada roh nenek moyang puak Mayan tapi mereka tidak boleh menghalangnya. Apa yang boleh mereka lakukan hanyalah membersihkan tapak tu dari "badi sial" Bush selepas beliau beredar dari situ! Hai pelik jugak saya fikir, Bush ni betul-betul dibenci, bukan hanya oleh kita, tapi juga oleh roh nenek moyang puak Mayan yang dah mati berabad-abad dulu! Mesti menyesal mak Bush lahirkan mamat seekor ni!


Akhir sekali saya nak cerita pasal senarai orang paling kaya dalam dunia untuk tahun 2006. Macam biasa nombor satu bukanlah rahsia, mestilah Bill Gates. Macam mana pulak yang nombor 2 dan seterusnya, lihatlah rangking ni...


1. Bill Gates, Microsoft, USD50 Billions
2. Warrent Buffet, Bukan Tokey Buffet!, USD 42 Billions
3. Carlos Slim Helu, Telecommunications, USD30 Billions
4. Ingvar kamprad, IKEA, USD28 Billions
5. Laksmi Mittal, Steel Industry, USD23.5 Billions
6. Paul Allen, Microsoft, USD22 Billions
7. Bernard Arnault, Luis Vuitton, Cristian Dior, USD21.5 Billions
8. Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud, Raja Saudi punya anak saudara, USD20 Billions
9. Kenneth Thomson, Thompson Group, USD19.6 Billions
10. Li Ka-shing, Investments, USD18.8 Billions

Antara billionaire lain ialah Roman Abramovich, di tangga 11, Micheal Dell yang buat komputer Dell tu! nombor 12! Apa yang menariknya ialah, 7 daripada 15 orang paling kaya di dunia ialah mereka yang kena buang kolej atau university dan ada yang berhenti belajar masa sekolah menengah lagi!! mereka ni membuktikan bahawa untuk berjaya kita tak semestinya kena skor semua A dalam exam tapi dengan semangat tidak mudah putus asa dan bekerja keras! oklah, kalau nak tengok sumanya, belilah majalah Forbes.div>

Sabtu, 18 Jun 2011

SAMBUTAN HARI BAPA, IBU, KEKASIH DAN YANG SEUMPAMANYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

PENDAHULUAN


Garis Panduan Sambutan Hari Bapa, Ibu, Kekasih dan yang Seumpamanya Menurut Perspektif Islam ini disediakan untuk dijadikan sebagai asas rujukan kepada seluruh lapisan masyarakat Islam di Negeri Selangor agar segala acara sambutan yang bersempena dengan hari atau tarikh-tarikh tertentu dapat diraikan mengikut ruang lingkup perspektif Islam.

Islam adalah agama yang syumul dan merupakan suatu sistem kehidupan yang diatur dengan bijaksana serta keluhuran dalam membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Islam juga adalah agama yang bersifat sejagat, hatta tiada satu pun perkara yang tidak disentuh oleh Islam.

Garis panduan ini boleh digunapakai oleh para ibu bapa, anak-anak, para pendakwah serta seluruh warga Negeri Selangor amnya untuk difahami dan dihayati kandungannya agar matlamat untuk melahirkan insan syumul dan keluarga sakinah beroleh kejayaan.

DEFINISI ISTILAH

Sambutan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, sambutan ditakrifkan sebagai penerimaan, cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu.

Hari Bapa

Hari Bapa merupakan suatu hari yang bermula pada awal abad ke-12 untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Ia disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia serta melibatkan pemberian hadiah kepada bapa dan lain lain aktiviti kekeluargaan.

Hari Ibu

Hari Ibu yang disambut di sebahagian negara Eropah dan Timur Tengah telah mendapat pengaruh dari kebiasaan memuja” Dewa Kronus dan ibu para dewa dalam sejarah Yunani kuno.

Di Amerika Syarikat dan lebih dari 75 negara lain seperti Australia, Kanada, Jerman, Itali, Jepun, Belanda, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Hong Kong, Hari Ibu disambut atau diraikan pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei.

Hari Kekasih

Hari Kekasih atau Valentine’s Day sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua insan yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang sedang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang mereka. Budaya ini disambut pada tanggal 14 Februari setiap tahun.

Perspektif Islam

Perspektif adalah pandangan atau pentafsiran yang wajar dan mengambilkira sesuatu perkara secara keseluruhannya. Islam adalah agama yang di dalamnya terkandung ajaran yang meliputi aspek aqidah, syariah dan akhlak. Semua aspek dalam Islam sama ada dari sudut teori dan praktiknya perlu difahami dan diterapkan dalam bentuk yang komprehensif sesuai dengan maksud Islam sebagai cara hidup (nizam al-hayah).

KRITERIA UTAMA DALAM MENENTUKAN SAMBUTAN HARI BAPA, IBU, KEKASIH DAN YANG SEUMPAMANYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Kasih sayang dalam Islam adalah untuk sepanjang masa. Ia bukan hanya ditetapkan dalam tempoh masa atau hari yang tertentu sahaja untuk menzahirkan kasih sayang.

Percanggahan dari perspektif Islam:

Perlakuan segelintir daripada kalangan masyarakat masa kini yang meraikan atau menzahirkan kasih sayang pada tempoh atau hari tertentu dalam kalendar masihi seperti Hari Kekasih, sebenarnya tidak selari dengan kehendak syara’.

Dalam kalendar masihi, setiap tarikh adalah merupakan hari peringatan kepada Saint yang tertentu iaitu bermula dari 1 Januari hingga 31Disember setiap tahun. Perkataan Saint membawa maksud wali atau rasul bagi agama Kristian. Hanya paderi yang dipercayai mempunyai mukjizat, banyak menyumbang kepada gereja serta banyak membuat kebajikan akan diiktiraf dan diberi gelaran ini.

Konsep kasih sayang tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja. Kasih sayang yang paling utama ialah terhadap Allah s.w.t., diikuti Rasulullah s.a.w., kedua ibu bapa, suami, isteri, anakanak, ahli keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga dan seterusnya. Ianya hendaklah dibatasi dengan syaratsyarat yang telah digariskan dalam Islam termasuklah dalam aspek menjaga perhubungan antara bukan mahram dan maruah individu itu sendiri.

Kasih sayang dalam Islam dapat dikategorikan kepada tiga:

Pertama: Kasih Pencipta (Allah s.w.t.) kepada hamba-Nya. Kasih sayang Allah s.w.t. kepada hamba-Nya adalah kasih yang berkekalan.

Kedua: Kasih hamba kepada Pencipta. Kasih hamba kepada Pencipta adalah berlandaskan keimanan dan ketaqwaan.

Ketiga: Kasih makhluk sesama makhluk. Kasih makhluk sesama makhluk sifatnya tidak berkekalan, kerana ia bergantung kepada keadaan Kasih sayang sesama makhluk tidak boleh melebihi kasih sayang dan kecintaan terhadap Allah s.w.t.

Percanggahan dari perspektif Islam:

a) Perlakuan segelintir individu yang menzahirkan kasih sayang dan kecintaannya kepada golongan tertentu seperti golongan artis sebagai idola sehingga pada tahap mengagung dan memuja adalah melampaui kasih sayang terhadap Allah s.w.t. dan rasulNya.

b) Pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram yang menzahirkan kasih sayang dan kecintaannya hingga menggadai maruah dan kehormatan diri.

c) Ibu bapa dan ahli keluarga yang tidak mengambil tahu siapa rakan anak-anaknya, ke mana ia pergi dan waktu bila seharusnya anak-anak berada di rumah sebenarnya belum lagi menunaikan tanggungjawab dan amanah Allah dalam mendidik anak-anak sekalipun ianya telah dewasa.

d) Kasih sayang yang dizahirkan berdasarkan darjat, pangkat, gelaran dan kekayaan adalah palsu semata-mata tanpa di dorongi hati yang ikhlas.

e) Kasih sayang yang membezakan bentuk dan fizikal manusia hingga meminggirkan warga emas, kanak-kanak, golongan orang kurang upaya dan kurang berkemampuan.

Sambutan yang dilakukan tidak menjejas atau merosakkan aqidah, syariah dan akhlak seseorang individu Muslim. Setiap individu Muslim hendaklah mempastikan bahawa setiap langkah yang diambil dalam kehidupannya akan membawa natijah yang baik. Bagi mendapatkannya, setiap perbuatan atau perlakuan haruslah didahului dengan usaha dan perancangan yang baik dalam menghasilkan sesuatu.

Ekoran daripada itu, setiap ancaman yang boleh merosakkan ‘maqasid al-syariah’ atau prinsip asas syariah iaitu memperuntukkan manusia supaya menjalani kehidupan dengan menjaga dan mempertahankan agama, akal, nyawa, keturunan dan harta sewajarnya hendaklah dihindarkan.

Percanggahan dari perspektif Islam:

a) Sambutan yang berunsur maksiat seperti percampuran atau pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.

b) Sambutan yang diraikan dengan perkara yang haram seperti meminum arak, berzina, meniup lilin (menyerupai amalan agama Majusi) dan sebagainya.

c) Sambutan yang bersifat melalai atau melekakan individu akan tanggungjawabnya terhadap Allah s.w.t. dan agamanya.

d) Sambutan yang dilakukan bersifat hiburan yang melampau dan di tempat-tempat yang dikategorikan sebagai tempat maksiat seperti pesta tertutup, kelab-kelab malam atau pusat karaoke dan sebagainya.

SAMBUTAN YANG DIANJURKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir. Sambutan yang baik adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarahmenziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.

Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.

Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.

Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.

Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat, dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.

Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.

Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.

Didikan agama yang sempurna adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.

PENUTUP

Harus diingat, mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak bahkan keimanan dan akidah, serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri.

Umat Islam diseru agar tidak sesekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. Adalah diharapkan semoga dengan adanya garis panduan seperti ini akan dapat membantu umat Islam bagaimana untuk meraikan sambutan Hari Bapa, Ibu, Kekasih dan yang seumpamanya menurut perspektif Islam yang sebenar.

UntukMu Abah

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

kerana abah aku disini
kerana abah aku gembira
kerana abah kuterasa bahagia…
abah oh abah

abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja

abah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
selamat hari bapa kepada abah..


Jumaat, 17 Jun 2011

Ciptaan & Inovasi UTHM Diiktiraf Antarabangsa Dalam ITEX 2011

KLCC, Mei 2011 - Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi 3 pingat Emas, 8 pingat Perak dan 8 pingat Gangsa dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi yang diadakan sempena 22nd International Invention, Innovation, and Technology Exhibition 2011 (ITEX'11) yang telah diadakan pada 20 hingga 22 Mei 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).  
 
Tiga pingat emas untuk UTHM telah disumbangkan oleh hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Rosziati Ibrahim (FSKTM), En. Mohd Fadel bin Alwee (FKEE) dan Dr. Anika Zafiah bt Mohd Rus (FKMP).
 
Lebih 700 produk hasil penyelidikan dan inovasi telah menyertai pertandingan ini melibatkan peserta-peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi, Syarikat Korporat, Agensi-Agensi Kerajaan, Persatuan-Persatuan Inovasi, dan individu perseorangan yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai negara seperti Brunei, Canada, Iran, Korea, Poland, Russia, Taiwan, Vietnam, Arab Saudi, Filipina, China dan Hong Kong.

Pertandingan ini telah diadili oleh panel-panel hakim daripada pihak industri dan pelbagai agensi yang telah menilai daripada beberapa aspek iaitu keaslian idea, pembaharuan dan inovasi yang dilakukan, sumbangan kepada masyarakat serta potensi untuk dikomersilkan.

 
Selain itu juga, pameran ini telah menjadi medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan dengan pihak industri bagi membantu mengkomersilkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan. Maklumbalas yang diterima serta hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh industri untuk kerjasama pengkomersilan diharapkan akan dapat meningkatkan hasil pengkomersilan UTHM.
 
Selain itu, UTHM juga amat bertuah kerana booth pameran UTHM telah berjaya memperolehi Pingat Gangsa bagi kategori 'Best Booth Design' untuk keluasan melebihi 54 sqm².
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencapai kejayaan dalam ITEX 2011 serta semua pihak yang telah bersama-sama membantu menjayakan ITEX 2011.
 

Penubuhan kolej vokasional

Nama sekolah vokasional akan ditukar kepada kolej vokasional sebagai usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan nama itu akan melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.

Perubahan itu, jelas beliau, sedang dikaji daripada pelbagai aspek termasuk kurikulum, tempoh pembelajaran di kolej serta kursus lanjutan yang boleh ditawarkan.

Menurutnya, ia dilakukan antara lain bagi menghapuskan tanggapan bahawa hanya pelajar yang tidak memperoleh pencapaian cemerlang dalam akademik akan disalurkan ke bidang vokasional dan teknikal.

”Kebiasaannya pelajar akan disalurkan untuk mengambil bidang vokasional dan teknikal kalau mereka tak memperoleh pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, maka itulah peluang mereka yang kedua, kalau tak ada peluang lain.

”Ini satu pendekatan yang tidak tepat kerana di negara maju sekalipun aspek vokasional diletakkan sebagai pilihan sama dengan bidang akademik,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, prestasi setiap pelajar akan dinilai dan jika di peringkat awal lagi seperti ketika di sekolah menengah rendah kecenderungan mereka adalah dalam hal yang tidak terlalu akademik, maka pelajar terbabit akan terus disalurkan ke bidang vokasional dan teknikal.

Jelasnya, kalau pun tidak disalurkan ke sekolah vokasional sepenuhnya, mereka boleh mengikuti kursus pra vokasional dalam sistem pendidikan biasa supaya di peringkat awal lagi mereka dapat mengikuti bidang vokasional dan teknikal yang diminati.

Ditanya kemungkinan kolej-kolej vokasional itu menjalin kerjasama dengan institusi lain, Muhyiddin berkata, ia boleh dilakukan dengan institusi pengajian di negara-negara maju termasuk Eropah menerusi pertukaran pelajar dan tenaga pengajar. – utusan